BENDA MISTIK

AIR MANI GAJAH KRISTAL

Bagi memastikan keasliannya, satu ujikaji mudah boleh dilakukan. Ambil sedikit Mani Gajah Kristal lalu ditanam di dalam tanah lebih kurang sejengkal dan timbun semula. Taburkan sedikit beras di atas timbunan tadi dan biarkan ayam memakan beras itu. Andai kata Mani Gajah Kristal itu asli, ayam-ayam itu akan terus mematuk tanah walau pun beras sudah tiada.


BATU DELIMA (RUBY)

Batu Delima ebiasaan berwarna merah ceri, merah darah, merah daging dan merah candy (yang paling mahal). Kekerasan batu ni lebih kurang 8-9 (ikut piawaian kekerasan batu iaitu 1-10, lebih rendah dari berlian sebab berlian kekerasan dia pada tahap 10)

Dipercayai boleh memberikan kuasa kebal kepada mereka yang bersentuhan dengannya. Walau pun sekadar menyimpan dalam poket baju atau seluar, dan kemudian menikam tubuh dengan benda tajam seperti jarum peniti, kulit tidak akan lut atau dilukai.

Ukuran keampuhan atau kehe
batan Batu Delima biasanya dilakukan dengan merendam batu tersebut ke dalam gelas yang berisi air dan disusun secara berderetan pada garis lurus. Sebaik sahaja Batu Delima itu dimasukkan ke dalam air, air pada gelas tersebut akan bertukar warna menjadi merah dan merebak kepada gelas-gelas yang lain. Sebaliknya, warna air pada gelas-gelas itu akan kembali jernih sebaik sahaja Batu Delima dikeluarkan


B
UNTAT KELAPA














BUNTAT LIPAN

Terjadi dari prose pengerasan air liur seseekor lipan, tetapi bukan semua lipan boleh membentuk buntat kecuali raja lipan sahaja. Pengerasan air liur ini terjadi di dua bahagian iaitu atas kepala dan bawah dagu lipan. Andai kata pembentukan berlaku di atas kepala ianya dikenali sebagai Mahkota Lipan dan berbentuk separuh bulatan, manakala jika terbentuk di bawah dagu, maka ianya dikenali sebagai Buntat Lipan. Ianya berbentuk bulat atau lonjong lebih kurang sebesar biji kacan hijau.


GELIGA EMBUN

Geliga Embun biasanya kelihatan jernih seperti air embun di pagi hari. Apabila dimasukkan dalam bekas yang berisi air ia akan sebati dgn air tersebut.



KEMUNING HITAM
*PENAWAR UTK KETAHANAN TUBUH BADAN

KEMUNING EMAS
* PENAWAR BISA

KAYU PENUNDUK
*MENUNDUK MANUSIA

KAYU SENDUDUK PUTIH ( DAUN & BUNGA)
*PENGASIH DAN PELARIS

KAYU TAS
* PENUNDUK BINATANG


RAJA KAYU

Mempunyai Raja Kayu banyak khasiatnya dan proses mengambilnya pun ada cara dan syarat. Mempunyai khasiat sebagai pendinding diri serta boleh menyembuhkan penyakit bisa-bisa tulang, "gout" dan penyakit kudis. Caranya dengan melayur / memanggang Raja Kayu sampai keluar minyak dan sapukannya pada kudis. Untuk kudis yang berair pula, kikis Raja Kayu dan pupukkan serbuknya pada kudis. Selain itu boleh diracik dan dicampurkan dengan minyak kelapa untuk dijadikan minyak urut.

Sesiapa yang ada raja kayu boleh cuba kikis sehingga keluar serbuk. Kemudian serbuk itu disapukan pada kulit, secara automatik serbuk raja kayu tu akan masuk dalam liang kulit.

Raja Kayu juga ada pantang larang. Ianya tidak bole dilangkahi kerana dipercayai akan menyebabkan kemaluan jadi gatal-gatal.






Misteri: Tasik Laoye Miao Telan Kapal, Askar

Ia sama seperti Segi Tiga Bermuda yang mencetus misteri kehilangan pesawat

APAKAH sebenarnya yang ada di dalam Tasik Laoye Miao di perairan Tasik Ponyang, China? Sehingga kini jawapan kepada persoalan itu masih menjadi misteri walaupun sudah ramai yang hilang di kawasan berkenaan.

Tasik itu terletak di sebuah daerah pergunungan Luo Xing, Jiangxi yang dikatakan berada di posisi sama dengan pergunungan terkenal Bermuda iaitu garis lintang Utara 32 darjah, 48 minit. Misterinya sama seperti Segi Tiga Bermuda yang turut mencatat misteri kehilangan kapal dan kapal terbang yang melaluinya.

Permulaan kisah pelik dan misteri itu berlaku sekitar 1945 iaitu penghujung Perang Dunia Kedua apabila sebuah kapal pengangkut Jepun yang memuatkan kira-kira 200 askar, kaligrafi, lukisan antik, emas, permata dan mutiara berlayar di tasik itu.

Diceritakan, ketika mula berlayar, cuaca adalah cerah dan angin bertiup lembut. Bagaimanapun, secara tiba-tiba saja permukaan air mula bergelora dan ombak besar terjadi sehingga menjulang tinggi beberapa meter.

Kabus mula menyelimuti kawasan persekitaran, disusuli hujan mencurah-curah dan selepas kira-kira lima jam, akhirnya tanpa sebab yang jelas kapal itu patah lalu tenggelam ke dalam tasik. Selepas kejadian itu, cuaca kembali tenang dan cerah bagaikan tiada apa yang berlaku.

Menyedari kehilangan kapal mereka, angkatan laut Jepun yang berpangkalan di Jiu Jiang, segera menghantar pasukan penyelam terbaik mereka ke lokasi itu untuk memeriksa dan merungkai peristiwa aneh berkenaan.

Kira-kira lapan penyelam kemudian menyelidik keadaan di dalam tasik yang hanya memiliki kedalaman sekitar 30 meter itu. Bagaimanapun, sebaik menyelam, tiada seorang pun daripada kumpulan itu muncul di permukaan air.Sehinggalah hari menjelang malam, seorang penyelam muncul di permukaan air tetapi keadaannya amat menghairankan - mukanya pucat dan kelihatan kebingungan seolah-olah dipukau sehingga apabila ditanya soalan, penyelam itu hanya berdiam diri saja.

Kira-kira setahun selepas itu, khidmat seorang pencari dan penyelam terkemuka dari Amerika Syarikat digunakan untuk menjejaki dan mengeluarkan kapal Jepun yang tenggelam di kawasan itu.

Bagaimanapun, selepas berbulan lamanya dan menghabiskan jutaan dolar bagi operasi itu, tiada sebarang hasil diperoleh pasukan itu malah seperti pasukan penyelam pertama, beberapa penyelam juga turut ghaib.

Pakar Amerika dan kumpulannya itu kemudian hanya mendiamkan diri daripada menceritakan peristiwa sebenar yang berlaku selama operasi mencari dijalankan.

Misteri yang menyelubungi pasukan pencari itu mengambil masa selama 40 tahun untuk dirungkai. Ia hanya diketahui umum selepas pakar berkenaan menceritakan mengenai ekspedisi itu dalam jurnal memoir keluaran The United Nations Environment Report.

Beliau menceritakan bahawa selepas pasukannya mencari di bawah air sepanjang satu kilometer, mereka terlihat satu cahaya yang menyilaukan pandangan dengan disertai bunyi kuat.

Mereka berasakan seolah-olah kawasan di dalam air itu mula bergoyang bagaikan gempa. Pendengaran mereka mula dihujani bunyi yang bingit. Sebelum pakar itu dapat memastikan apa sebenarnya yang berlaku, tubuhnya ditarik ke dalam pusaran air sehingga dia berasa pening dan mula kehilangan fungsi derianya.

Tiba-tiba bahagian pinggangnya dihentak sesuatu yang menyebabkan dia kembali sedar dan segera dia memaut terumbu karang berhampiran bagi mengelakkannya daripada terus ditarik ke dalam pusaran air itu.

Ketika berpaut pada terumbu karang itu, pakar berkenaan melihat cahaya putih berlegar di dasar tasik manakala beberapa rakan penyelam disedut ke dalam pusaran air itu. Operasi mencari kemudian tidak menemui mayat penyelam yang hilang.

Dalam kejadian aneh yang berlaku pada 1980-an, sepasukan penyelam lain sekali lagi menjalankan kajian di tasik itu tetapi tidak menemui jawapan kepada teka-teki yang menyelubungi tasik itu.

Pada hari terakhir, seorang penyelam yang tidak berpuas hati dengan kajian mereka yang tidak menemui sebarang aktiviti aneh, memutuskan untuk menyelam keseorangan. Hasilnya, sebaik menyelam ke dalam tasik itu, dia turut ghaib.

Keesokan harinya, mayat penyelam yang keseorangan itu ditemui di Tasik ‘Changba Shan’ yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Tasik Laoye Miao. Malah, yang lebih menghairankan adalah Tasik Changba Shan seluas kira-kira 20 kilometer persegi itu adalah tasik yang dikelilingi gunung dan tidak ada saluran yang menghubungkannya dengan Tasik Laoye Miao yang memiliki altitud 12 meter lebih rendah.

Lalu timbul persoalan dan misteri mengenai kejadian itu dan ke manakah menghilangnya penyelam dan kapal berkenaan? Jelasnya masih banyak misteri yang tidak terungkap di dunia ini. - Berita Harian Susunan Nasron Sira Rahim

Misteri: Lubang Gergasi Aneh Di Angkasa

Kekuatan graviti ‘luar biasa’ boleh sedut apa saja mendekatinya

MISTERI lubang hitam yang bertebaran di angkasa lepas dikatakan menyamai konsep kejadian aneh yang berlaku di Segitiga Bermuda apabila kapal atau kapal terbang yang melintasi kawasan perairan itu ghaib secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, lubang hitam seumpama lubang gergasi, saiznya lebih luas daripada matahari serta terawang di angkasa menyedut apa saja yang mendekatinya termasuk planet. Malah kekuatan sedutannya menyebabkan cahaya yang tidak memiliki jisim juga tidak mampu melepaskan diri.

Misteri yang menyelubungi kejadian lubang hitam itu bagaimanapun hanya mampu dikaji dari jauh lantaran kemampuan sains dan teknologi manusia nyata masih belum mampu membawa mereka menghampiri lubang itu.

Menggunakan teleskop dan pengamatan terhadap bintang yang disesuaikan pula dengan pelbagai hukum fizik yang berlegar sekitar bumi, pelbagai teori dikemukakan bagi mengisi kekosongan pada ruangan jawapan yang dicetuskan misteri alam itu.

Antara teori diterima pakai ahli astronomi adalah teori yang sama digunakan alat penyedut hampa gas - kekuatan lubang hitam terjadi berikutan tarikan graviti dalam lubang itu adalah kuat berbanding tarikan sekelilingnya.

Justeru, apa saja yang menghampirinya akan disedut.Bagaimanapun, kekuatan gravitinya ‘luar biasa’ dan amat dahsyat. Dikatakan jika kekuatan graviti itu wujud di bumi, ia akan memampatkan saiz planet ini menjadi sekecil bola yang berjejari sekitar satu sentimeter.

Teori lubang hitam sebenarnya dikemukakan lebih 200 tahun lalu. Pada 1783, ilmuwan Barat, John Mitchell mencetuskan teori mengenai kemungkinan wujudnya lubang hitam selepas beliau meneliti teori graviti Isaac Newton.

Beliau berpendapat jika objek yang dilemparkan tegak lurus ke atas akan terlepas dari pengaruh graviti bumi selepas mencapai kelajuan lebih 11 kilometer perdetik, maka tentu ada planet atau bintang lain yang memiliki graviti lebih besar daripada bumi.

Bagaimanapun, perkataan ‘lubang hitam’ pertama kali digunakan ahli fizik Amerika Syarikat, John Archibald Wheeler pada 1968. Wheeler memberi nama demikian kerana lubang hitam tidak dapat dilihat kerana cahaya turut disedut ke dalamnya sehingga kawasan sekitarnya menjadi gelap.

Menurut teori evolusi bintang, asal lubang hitam adalah sejenis bintang biru yang memiliki suhu permukaan melebihi 25,000 darjah Celcius. Ketika pembakaran hidrogen di bintang biru yang memakan waktu kira-kira 10 juta tahun selesai, ia menjadi bintang biru raksasa.

Kemudian, bintang itu menjadi dingin dan bertukar kepada bintang merah raksasa. Dalam fasa itulah, akibat tarikan gravitinya sendiri, bintang merah raksasa mengalami ledakan dahsyat atau disebut Supernova dan menghasilkan dua jenis bintang iaitu bintang Netron dan lubang hitam.

Pengamatan dari teleskop sinar-X ruang angkasa selama lebih dari satu dekad menunjukkan kekuatan tarikan graviti lubang itu menyebabkan ada bintang yang hancur dan ditelan olehnya.

Sebelum ini, ahli astronomi sudah melihat bagaimana lubang hitam menyedut gas yang berterbangan di sekitarnya. Gas yang disedut itu menjadi panas sehingga memancarkan radiasi dalam pelbagai panjang gelombang, mulai daripada gelombang radio hingga gelombang cahaya tampak dan sinar-X.

Berdasarkan pengamatan, ahli astronomi dari Max Planck Institute for Extraterrestrial Physics, Jerman, pernah melihat sebuah bintang yang mendekati lubang hitam raksasa akhirnya lesap ditelan lubang itu.

Lubang hitam raksasa yang dilihat itu berada di pusat galaksi RX J1242-11 yang jaraknya dianggarkan 700 juta tahun cahaya dari bumi. Bintang yang disedut lubang hitam itu pula memiliki ukuran sebesar matahari sistem suria kita.

Bintang itu hancur sedikit demi sedikit dan disedut ke dalam lubang itu selama beberapa hari. Pada peringkat awalnya, bintang itu kehilangan gas yang berada di sekelilingnya.

Selepas itu, bintang itu menjadi panas hingga jutaan darjah Celcius dan hilang ditelan lubang hitam. Dalam proses itu, ia melepaskan tenaga yang kuat iaitu setara dengan tenaga yang dihasilkan pada ledakan Supernova.

Ahli astronomi mengesan kedudukan lubang hitam dengan memperhatikan cahaya di sekitar bintang ataupun gas di angkasa. Apabila di suatu tempat itu tidak ditemui cahaya tetapi di sekitarnya terdapat banyak objek angkasa menuju ke satu titik dengan kecepatan tinggi sebelum hilang, maka titik berkenaan ditandakan sebagai lubang hitam.

Terdapat banyak lubang hitam di seluruh semesta malah ada teori yang mengatakan di galaksi Bima Sakti ini juga terdapat sebuah lubang hitam. Justeru timbul persoalan sama ada matahari kita dan planet yang mengelilinginya termasuk bumi akan disedut lubang hitam itu?

Ahli astronomi memberikan jawapan, ‘tidak’ kerana berbanding galaksi lain, lubang hitam di Bima Sakti dikatakan dalam keadaan tenang disebabkan sedikit saja objek sekitar yang disedutnya.

Misteri yang menyelubungi lubang hitam akan terus menarik minat ahli astronomi sehinggalah satu jawapan yang benar diperoleh. Selagi manusia belum mampu menjelajah jauh ke luar angkasa, selagi itulah jawapan itu gagal diperoleh dan pelbagai teori tanpa bukti akan terus dikemukakan bagi ‘menyelesaikan’ misteri alam itu.



















Fakta: Lubang Hitam

Turut dikenali sebagai ‘bintang hitam’ dan ‘singularitas’.
Kewujudannya dikesan pada 1783 oleh John Mitchell.
Luasnya melebihi saiz matahari.
Menyedut apa saja di sekelilingnya termasuk bintang dan cahaya.
Teori sedutan akibat tarikan graviti di lubang hitam lebih kuat dari kawasan sekitarnya.
Teori menyatakan ia berlaku akibat letupan Supernova bintang merah raksasa.